Bermulanya Aku..
Ahad, 18 November 2012
Jumaat, 14 September 2012
"Yang Berlalu,Biarkan Berlalu ",Maju kehadapan..
Mengingati masa lalu dalam kehidupan kita sekarang,kemudian bersedih diatas kedukaan dan kegagalan merupakan suatu tindakan yang bodoh dan gila.Sama ertinya dengan membunuuh semangat,membunuh harapan dan menghalangi seseorang untuk menjalani kehidupan seadanya.
Oleh itu,bagi orang berfikir peristiwa masa lalu akan dilipat dalam buku lama dan tidak akan dilihat kembali.Kerana berbagai peristiwa tersebut hanya sebahagian dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir,sebagaimana terjadi kepada seseorang yang kehilangan orang tersyang.Justeru kita sebagai hambanya hanya menerima qada dan qadar dengan hati lapang.Dengan demikian tidak ada lagi kesedihan,kedukaaan dan kegagalan lain.Semuanya tidak akan dapat berulang dan hidup kembali,kerana ianya memang sudah tiada....Fikirkan masa hadapan yang bakal dilalui,buangkan segala kesedihan yang menyelubungi hati anda...
Jika anda kembali kemasa lalu,bererti anda akan merasakan kembali keresahan.Masa lalu tidak ubah seperti api yang terus membakar dan melemparkan diri anda ke masa lalu dan hal tersebut merupakan keadaan yang sangat menyedihkan sekaligus menakutkan anda..

Khamis, 7 Jun 2012
konsep asas teori kognitif piaget
Konsep Asas Teori Asas Piaget..
1.Skema
1.Skema
Skema merupakan potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu tindakan dengan cara tertentu.Skema juga merupakan model tingkah laku asas individu yang ditonjolkan semasa proses pengubahsuaian diri dengan persekitaran.Sejak dilahirkan lagi bayi telah dilengkapkan dengan beberapa perbuatan pantulan yang dikenali sebagai skema.Antara perbuatan bayi seperti gerakan menghisap,memandang,mencapai,merasa,memegang dan menggerakkan tangan serta kaki.Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi boleh bertindak balas terhadap persekitarannya.
2. Asimilasi
Asimilasi bermaksud penyatuan objek yang baru diperoleh dengan skema yang sedia ada.Proses asimilasi ini bergantung semata-mata kepada keputusan struktur kognitif seseorang.Struktur kognitif ini merupakan pengalaman sedia ada seseorang.Apabila seseorang itu berhadapan dengan sebarang situasi dalam persekitarannya,misalnya situasi pembelajaran,cara makan Barat,ia biasanya akan menggunakan pengalaman,pandangan,sikap dan bentuk gerak balas yang sedia ada untuk mengadaptasi,mengurus dan mentafsirkan dalam situasi pembelajaran tersebut untuk menerapkan pengalaman baru ke dalam pengalaman lamanya.Contohya,cara hidangan orang barat meletakkan sudu di sebelah kanan dan garfu di sebelah kiri pinggan makan.Fanomena ini dikenali oleh Piaget sebagai proses asimilasi.
3.Akomodasi
Akomodasi merupakan satu proses perubahan struktur kognitif.Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasikan persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak.Sebagai contoh,kanak-kanak berumur 2 tahun ridak pernah ditunjukkan pistol mainan akan menyatukan ibjek baru pistol dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap pistol mainan itu.
Dengan kata lain akomodasi merupakan sesuatu proses psikologi yang berlaku semasa seseorang berusaha atau inisiatifnya sendiri untuk mengubah struktur kognitif bagi mengadaptasi situasi pembelajaran yang dihadapinya.
4.Adaptasi
Merupakan suatu keadaan keseimbangan antara akomodasi dengan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran.Menurut teori Piaget adaptasi merupakan proses perubahan skema selaras debgab keperluan situasi.Proses adaptasi berlaku kerana kehilangan keseimbangan buat sementara antara seseorang dengan persekitarannya.Bagi mengekalkan keseimbangan ini seseorang itu hendaklah mengubah suai dirinya melalui proses adaptasi.
Proses perubahan tingkah laku seseorang dalam mengadaptasikan dirinya dengan persekitarannya sebenarnya merupakan suatu proses pembelajaran.
5.Keseimbangan
Dalam teori pembelajaran Kognitif Piaget,adaptasi dan keseimbangan adalah saling berkait dan saling mempengaruhi satu sama lain.Keseimbangan menggunakan skema sebagai asas tindakan.Sekiranya skema sedia ada seseorang telah memadai untuk memenuhi keperluan semasa proses pengubahsuaian diri,maka seseorang itu tidak lagi perlu memperoleh pengalaman baru dan pembelajaran baru tidak berlaku.Ini bermakna skemanya belum berubah bentuk dan adaptasi juga belum berubah.Oleh itu,perhubungan dalaman dan luarannya dikatakan sedang di bawah keadaan kesimbangan.
Langgan:
Ulasan (Atom)