Khamis, 7 Jun 2012

konsep asas teori kognitif piaget

Konsep Asas Teori Asas Piaget..

1.Skema

Skema merupakan potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu tindakan dengan cara  tertentu.Skema juga merupakan model tingkah laku asas individu yang ditonjolkan semasa proses pengubahsuaian diri dengan persekitaran.Sejak dilahirkan lagi bayi telah dilengkapkan dengan beberapa perbuatan pantulan yang dikenali sebagai skema.Antara perbuatan bayi seperti gerakan menghisap,memandang,mencapai,merasa,memegang dan menggerakkan tangan serta kaki.Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi boleh bertindak balas terhadap persekitarannya.

2. Asimilasi

Asimilasi bermaksud penyatuan objek yang baru diperoleh dengan skema yang sedia ada.Proses asimilasi ini bergantung semata-mata kepada keputusan struktur kognitif seseorang.Struktur kognitif ini merupakan pengalaman sedia ada seseorang.Apabila seseorang itu berhadapan dengan sebarang situasi dalam persekitarannya,misalnya situasi pembelajaran,cara makan Barat,ia biasanya akan menggunakan pengalaman,pandangan,sikap dan bentuk gerak balas yang sedia ada untuk mengadaptasi,mengurus dan mentafsirkan dalam situasi pembelajaran tersebut untuk menerapkan pengalaman baru ke dalam pengalaman lamanya.Contohya,cara hidangan orang barat meletakkan sudu di sebelah kanan dan garfu di sebelah kiri pinggan makan.Fanomena ini dikenali oleh Piaget sebagai proses asimilasi.

3.Akomodasi

Akomodasi merupakan satu proses perubahan struktur kognitif.Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasikan persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak.Sebagai contoh,kanak-kanak berumur 2 tahun ridak pernah ditunjukkan pistol mainan akan menyatukan ibjek baru pistol dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap pistol mainan itu.
Dengan kata lain akomodasi merupakan sesuatu proses psikologi yang berlaku semasa seseorang berusaha atau inisiatifnya sendiri untuk mengubah struktur kognitif bagi mengadaptasi situasi pembelajaran yang dihadapinya.


4.Adaptasi

Merupakan suatu keadaan keseimbangan antara akomodasi dengan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran.Menurut teori Piaget adaptasi merupakan proses perubahan skema selaras debgab keperluan situasi.Proses adaptasi berlaku kerana kehilangan keseimbangan buat sementara antara seseorang dengan persekitarannya.Bagi mengekalkan keseimbangan ini seseorang itu hendaklah mengubah suai dirinya melalui proses adaptasi.
Proses perubahan tingkah laku seseorang dalam mengadaptasikan dirinya dengan persekitarannya sebenarnya merupakan suatu proses pembelajaran.

5.Keseimbangan

Dalam teori pembelajaran Kognitif Piaget,adaptasi dan keseimbangan adalah saling berkait dan saling mempengaruhi satu sama lain.Keseimbangan menggunakan skema sebagai asas tindakan.Sekiranya skema sedia ada seseorang telah memadai untuk memenuhi keperluan semasa proses pengubahsuaian diri,maka seseorang itu tidak lagi perlu memperoleh pengalaman baru dan  pembelajaran baru tidak berlaku.Ini bermakna skemanya belum berubah bentuk dan adaptasi juga belum berubah.Oleh itu,perhubungan dalaman dan luarannya dikatakan sedang di bawah keadaan kesimbangan.









Pengikut