Mengingati masa lalu dalam kehidupan kita sekarang,kemudian bersedih diatas kedukaan dan kegagalan merupakan suatu tindakan yang bodoh dan gila.Sama ertinya dengan membunuuh semangat,membunuh harapan dan menghalangi seseorang untuk menjalani kehidupan seadanya.
Oleh itu,bagi orang berfikir peristiwa masa lalu akan dilipat dalam buku lama dan tidak akan dilihat kembali.Kerana berbagai peristiwa tersebut hanya sebahagian dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir,sebagaimana terjadi kepada seseorang yang kehilangan orang tersyang.Justeru kita sebagai hambanya hanya menerima qada dan qadar dengan hati lapang.Dengan demikian tidak ada lagi kesedihan,kedukaaan dan kegagalan lain.Semuanya tidak akan dapat berulang dan hidup kembali,kerana ianya memang sudah tiada....Fikirkan masa hadapan yang bakal dilalui,buangkan segala kesedihan yang menyelubungi hati anda...
Jika anda kembali kemasa lalu,bererti anda akan merasakan kembali keresahan.Masa lalu tidak ubah seperti api yang terus membakar dan melemparkan diri anda ke masa lalu dan hal tersebut merupakan keadaan yang sangat menyedihkan sekaligus menakutkan anda..